1. Mohamad Sobri Bin Suhaili. Anak ke-7 dalam keluarga Suhaili bin Mahli. Dalam keluarga mesra dengan panggilan P.E @ E.E atau kebiasaannya E sahaja bergantung kepada citarasa orang yang memanggil. hehe.. Di kalangan anak-anak buah pula panggilan yang digunakan ialah Amit. Blog ini adalah dibawah kendalian beliau. (moderator)
2. Lahir pada 17 Januari 1985 di Limbang Sarawak. mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Mohd. Amin sebelum ditemuduga dan terpilih untuk masuk ke Sekolah Rendah Bantuan Agama Miri sebagai batch pertama pada tahun 1990. Kini ditukar nama ke SK Agama (MIS) Miri.
3. Selepas mengambil UPSR, meneruskan pendidikan ke SMK Agama Miri dari tahun 1997 hingga 2002. Pada Tahun 2003, Sobri telah meneruskan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, (KUSZA) dalam bidang TESL (Teaching of English as A Second Language). Kini ditukar nama ke Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
4. Sejurus tamat pengajian di peringkat Diploma, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama selama 4 tahun bermula pada tahun 2006 hingga 2010. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian bulan Mei yang lalu dan sekarang sedang menunggu hari Konvokesyen yang dijangka akan berlangsung pada oktober tahun ini.
5. Sedikit maklumat berkenaan beliau ialah beliau ini seorang yang pendiam tetapi kreatif..muehehehe....buktinya beliau adalah beliau telah menerima jolokan sebangai 'The Jack of all traders' ketika menjadi tulang belakang di majlis perkahwinan kakaknya baru-baru ini...muehehehehe....(naik bakul angkat sendiri..komen jgn x komen)
6. Masih bujang dan belum berkahwin...InsyaAllah ada rezeki dah kerja nantilah..tungguuuuu....